PENYUCIAN HATI


Hati mempunyai fungsi yang cukup besar dalam tubuh, kerana kekotoran dan kebersihan hati akan berpengaruh pada kehidupan seseorang. Bila hati suci akan memancarkan ke dalamnya nur Ilahi dan bisikan-bisikan halus dari malaikat, dengan demikian akan terpengaruhlah hidup seseorang.

Untuk menyucikan hati haruslah dibebani dengan amal-amal ibadah, seperti zikir, tahmid, tasbih, dan tahlil serta amalan-amalan lainya sesuai dengan tuntutan Al Qur'an dan hadis Nabi. Hati juga dibebani dengan akhlaq yang terpuji dan dikosongkannya dari perangai jahat. Aktifitas penyucian hati ialah yang disebut dengan riyadhah dalam ilmu tasawuf.

Bila hati mengamalkan segala bentuk ibadat, baik yang wajib mahupun sunat yang dikerjakan dengan penuh kekusyukan dan keikhlasan serta sentiasa meliputinya dengan perangai-perangai terpuji dan menjauhi akhlak-akhlak tercela, maka pastilah ia menerima ridha Ilahi.

Firman Allah yang bermaksud: Wahai jiwa yang tenang kembalilah kamu kepada Tuhanmu dalam keadaan redha dan diredhai. Maka masuklah kamu ke dalam syurga ku. (Q.S. Al-Fajar : 27,30).

No comments:

Post a Comment