Pada sebelah petangnya, saya sambung semula kerja-kerja menebas lalang dan riong yang masih memenuhi halaman rumah, mungkin 2 atau 3 hari baru boleh di siapkan kerana perdu pokok riong perlu di gali untuk membuang akarnya supaya riong tidak tumbuh lagi di halaman rumah.
Kerja-kerja seperti itu memerlukan
peralatan seperti cangkul biasa dan cangkul
mata tiga, oleh kerana saya masih belum mempunyai peralatan tersebut jadi saya tebas dahulu, yang penting kawasan rumah saya bersih dari semak samun.
mata tiga, oleh kerana saya masih belum mempunyai peralatan tersebut jadi saya tebas dahulu, yang penting kawasan rumah saya bersih dari semak samun.
“Nor… Bila pindah sini?”, suara seseorang
memanggil dari jalan.
Dengan cepat saya berpaling ke arah
suara itu.
“Oo… Abang Said ke? Pagi tadi
pindah”, saya menjawab.
“Dah bawa barang-barang sekali”,
pertanyaan dari abang Said.
“Dah, barang pun sikit saja”, jawab
saya.
“Singgah dulu”, saya mempelawa abang
Said ke rumah.
“Tak apalah, saja ronda-ronda”, kata
abang Said.
“Malam ni makan nasi kat rumah saya”,
pelawa abang Said.
“Eh.. Tak payah la… Buat susah-susah
je”, saya menolak pelawaannya.
“Tak apa, boleh kita sembang-sembang”,
kata abang Said.
“Datang ye.. Jangan tak datang”, kata
abang Said yang kelihatannya bersungguh-sungguh mengajak saya makan malam di
rumahnya.
“Ye la… Lepas magrib nanti saya
datang”, jawab saya.
“Saya nak ronda kat sana pulak”, kata
abang Said sambil menggelongsorkan motornya hingga ke bawah bukit baru di
hidupkan motornya dan terus hilang entah ke mana.
Saya menyambung semula kerja-kerja
menebas riong dan lalang yang masih banyak di bahagian hadapan rumah sambil di
perhatikan oleh anak-anak, kemudian saya kumpulkan di satu tempat supaya mudah
untuk di bakar bila sudah kering.
“Abang, jom pergi sungai hari dah nak
senja ni”, suara Siti dari berenda rumah.
“Jap, abang nak kumpulkan daun riong
dengan lalang ni”, jawab saya sambil mengais-ngais batang riong dan lalang.
Setelah di kumpulkan semuanya, saya
tinggalkan kerja saya kerana anak-anak dan Siti sudah menunggu di kereta untuk
ke sungai.
Seperti tengah hari tadi, orang di
sungai begitu ramai sekali, boleh di katakan sepanjang sungai ada saja orang
mandi dan mencuci pakaian serta mengambil air untuk di bawa pulang ke rumah
masing-masing. Oleh kerana di antara kami masih belum mengenali di antara satu
sama lain jadi kami buat hal masing-masing.
Setelah siap mandi, saya bersama
isteri dan anak-anak segera pulang ke rumah kerana hari semakin senja. Saya
memasukkan 3 tong yang berisi air ke dalam but kereta mini untuk kegunaan di
rumah.
Selepas solat magrib saya membawa
Siti dan anak-anak ke rumah abang Said untuk memenuhi jemputannya iaitu makan
malam di rumahnya dengan jarak lebih kurang 600 meter dari rumah saya. Saya
letakkan kereta mini saya di tepi jalan kerana kereta tidak boleh memasuki
halaman rumahnya, cuma beberapa ela sahaja dari jalan utama yang masih belum di
turap tar.
Saya memimpin anak-anak saya semasa
menuruni curam untuk sampai di rumah abang Said. Kelihatan kak Lah sudah
menunggu kami di berenda rumahnya untuk menyambut kedatangan kami anak beranak.
“Kak suruh abang Said turut tadi,
ingat tak datang?”, suara kak lah dari berenda rumahnya.
“Datang, cuma lambat sikit, balik
dari sungai pun dah lewat tadi…”, jawab saya sambil menaiki tangga rumahnya.
“Naik… Naik”, kata kak Lah.
“Mana abang Said?”, saya bertanya
kerana abang Said tidak kelihatan.
“Dia pergi turut Nor la tadi, tak jumpa
ke?”, kata kak Lah.
“Oo… Ye ke? Tak jumpa pun…”, jawab
saya.
“Kemana melencungnya tu”, kata kak
Lah sambil menyalakan satu lagi pelita minyak tanah sebagai tambahan untuk
lebih terang.
“Jap lagi balik le tu, kalau dia
tengok rumah saya gelap je”, jawab saya.
Abang Said dan isterinya kak Lah
memang sudah saya kenal sejak saya tinggal di kampung Jagor lagi, abang Said
sering ke rumah ibu saya di kampung Padang Lembu tidak jauh dari rumahnya.
Sebelum berpindah ke tanah rancangan, abang Said dan kak Lah tinggal di kampung
Padang Kunyit.
Hobi abang Said ialah memburu di
hutan. Rusa, pelanduk, kijang dan ayam hutan adalah buruannya di hutan.
Biasanya abang Said sendirian ketika memburu, jarang sekali membawa kawan.
Hutan tidak jauh dari rumah ibu saya adalah kawasannya untuk memburu dan oleh
kerana itulah abang Said sering ke rumah ibu saya.
“Ha… Tu balik dah”, kata kak Lah
setelah mendengar injen motor berhenti di rumahnya.
Tidak lama kemudian abang Said muncul
dari pintu dapur.
“Dah lama sampai Nor?”, abang Said
bertanya.
“Baru je, punggung pun tak panas
lagi”, jawab saya.
“Aku pegi rumah Nor tadi, tengok
gelap je”, kata abang Said sambil melabuhkan punggungnya di lantai.
“Tak nampak pulak selisih di jalan
tadi”, kata saya.
“Aku kat masjid tadi, lepas solat magrib
terus pegi ke rumah Nor”, kata abang Said.
“Oo… Patut le…”, jawab saya.
“Lah,
siap nasi, kita makan”, kata abang Said kepada isterinya.
Kak Lah bangun menuju ke dapur di
ikuti oleh Siti untuk membantu menghidangkan nasi. Saya dan abang Said membentangkan
tikar untuk tempat hidangan.
“Semalam ada kawan bagi daging rusa
sikit”, kata abang Said.
“Oo… Patut le, banyak ke?”, saya
bertanya.
“Tak le banyak, sekali dengan tulang,
5 kilo ada kot”, kata abang Said.
“Banyak le tu, abang Said tak ikut
sekali ke hutan ke?”, saya bertanya.
“Tak, ada kawan ajak tapi badan tak
berapa sihat semalam, malas nak ikut”, kata abang Said.
“Makan daging rusa le kita malam ni
ye…”, jawab saya setelah melihat gulai daging rusa dan sub tulang rusa di
hadapan saya.
“Makan… Makan…”, pelawa abang Said.
“Boleh… Boleh...”, jawab saya.
Malam itu saya makan dengan berselera
sekali, bukan senang nak dapat makan daging rusa. Seumur hidup saya, ini kali
ke-2 saya makan daging rusa. Kali pertama semasa di rumah ibu saya, itupun
daging rusa pemberian dari abang Said juga.
“Pukul berapa siap lapor diri tadi?”,
abang Said mengajukan soalan.
“Pukul 11 lebih rasanya baru siap?”,
jawab saya.
“Tengah hari tadi makan kat mana?”,
soalan diri kak Lah pula.
“Kami ada bawa bekal, makan tengah
hari kat rumah baru”, Siti yang menjawab.
“Oo.. Ada bawa bekal”, kata kak Lah.
“Kami dah agak dah, tentu lambat
siap”, saya mencelah sambil mencedok sup tulang.
“Abang Said lapor diri hari apa
lagi?”, saya bertanya.
“Kami awal lagi, dah dekat seminggu
kami di sini, kami kena panggilan yang pertama”, jawab abang Said.
“Oo ye ke!”, saya agak terkejut
sedikit.
“Tambah nasi ni”, pelawa abang Said
sambil menghulurkan mangkuk nasi tambah kepada saya.
“Boleh”, jawab saya lalu menyambut
mangkuk nasi tambah dari abang Said.
“Bila kita mula kerja?”, saya
bertanya.
“Kata pegawai siap masuk peserta,
baru mula kerja”, kata abang Said.
“Ye ke!, 2 ke 3 hari lagi le baru
kerja!”, jawab saya.
“Tak sampai dah, sebab hari ni yang
akhir peserta masuk”, kata abang Said.
“Gitu ke? jadi saya yang akhir le
ni?”, kata saya.
“Ye le kot?”, jawab abang Said
mungkin tidak berapa pasti.
“Tambah nasi lagi Nor”, pelawa abang
Said lagi.
“Cukup, cukup, saya dah kenyang”,
jawab saya menolak pelawaannya.
“Siti tambah nasi ni, nasi banyak
lagi, tu anak kamu tu nak nasi lagi”, pelawa abang Said kepada Siti.
“Dah kenyang dah, tak larat nak makan”,
jawab Siti.
Lepas makan malam itu, saya bersama
abang Said berbual-bual di berenda rumah, Siti dan kak Lah mengemas sisa
makanan dan mencuci pinggan di dapur. Malam itu cuaca baik sekali, cahaya bulan
meneranggi kawasan tanah rancangan yang masih sepi lagi ketika itu.
Abang Said membelek-belek barang
jualannya di beranda dan memasukkan ke dalam kotak untuk di bawa masuk ke dalam
rumah, sardin, kicap, sos tomato, ikan bilis, ikan kering bawang cabai serba
sikit, gula kopi adalah barang keperluan harian yang di jual di rumahnya.
“Ada modal nanti aku nak buka kedai
kat tanah rancangan ni”, kata abang Said.
“Elok juga tu, kat sini pun belum ada
kedai runcit lagi”, saya menjawab sambil melihat abang Said memasukkan barang
ke dalam kotak.
“Aku dah mohon gerai kat depan tu,
harap-harap dapat, boleh buka kedai runcit kat situ”, kata abang Said.
“Kat mana gerai tu?”, saya bertanya.
“Tu kat pejabat, kamu tak perasan
ke?”, kata abang Said.
“Entah! Tak perasan pun”, jawab saya.
“Jom kita berangsur”, tiba-tiba Siti
mencelah setelah siap kerja membantu kak Lah di dapur.
“Nak balik dah ke? kata abang Said
bila dia terdengar Siti mengajak pulang.
“Tidur sini le”, sambung abang Said.
“Tidur sini je, tak payah balik, kat
rumah tu bukan ada apa lagi”, kak Lah menambah.
“Eh.. Tak apalah, dah makan sini,
tidur pun nak kat juga”, jawab saya.
“Apa salahnya?”, jawab kak Lah.
“Tak apalah, saya balik tidur di
rumah baru”, jawab saya.
Akhirnya kak Lah dan abang Said akur
dengan keputusan saya untuk pulang. Setelah mengucapkan terima kasih saya dan
Siti serta anak-anak turun tangga rumah dan menaiki lereng bukit untuk sampai
ke kereta mini yang saya tinggalkan di tepi jalan yang masih bertanah merah
kerana belum di turap tar.
Saya menghidupkan injen kereta lalu
bergerak meninggalkan rumah abang Said dan kak Lah. Beberapa minit kemudian
saya tiba di rumah, cahaya bulan memudahkan kami anak beranak menaiki tangga
rumah. Saya menyalakan pelita minyak tanah dan di letakkan di ruang tamu
kemudia saya menyalakan satu lagi untuk di letakkan di ruang dapur.
Pada mulanya agak sukar juga untuk
bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan keadaan yang tidak berapa
terang cuma samar-samar cahaya pelita minyak tanah yang membolehkan kami anak
beranak bergerak perlahan di dalam rumah baru kami.
Di luar cahaya bulan menerangi
kawasan tanah rancangan membolehkan saya melihat rumah rakan-rakan saya. Masa
itu masih di penuhi semak samun lalang dan riong, masih belum ada pohon-pohon
besar seperti rambutan, mempelam dan sebagainya, maklumlah kami semua baru
dapat rumah, kawasan halaman rumah pun belum sempat di bersihkan lagi.
Saya bersama Siti duduk di beranda
rumah sambil melihat pemandangan kawasan tanah rancangan pada waktu malam.
Angin yang bertiup perlahan menyentuh tubuh membuatkan saya dan Siti terasa
kedinginannya.
“Tak ada ke anak sungai kat dekat
rumah kita bang? Sungai besar tu jauh sangat dari rumah”, Siti bersuara.
“Entah le. esok abang tengok kat belakang
rumah ni, petang tadi abang nampak macam ada paya kat belakang tu mungkin ada
anak sungai”, jawab saya.
Kedudukkan rumah saya di lereng
bukit, di bahagian belakang rumah adalah kawasan paya yang bersambung ke
kawasan ladang kelapa sawit. Saya mempunyai jiran di bawah dan di atas serta
depan rumah, maknanya rumah saya di kawasan tepi.
“Anak-anak dah tidur ke?”, saya
bertanya kepada Siti.
“Dah tidur, sebab gelap”, jawab Siti.
“Kalau Ti dah mengantuk, tidur le
dulu”, kata saya.
“Mengantuk juga, abang tak nak tidur
lagi ke?”, Siti bertanya.
“Abang tak ngantuk lagi”, jawab saya.
“Abang nak minum kopi ke?”, Siti
bertanya.
“Kalau Ti rajin buat nak juga!”,
jawab saya.
“Jap, Ti masak air dulu”, kata Siti.
Siti bangun dan menuju ke ruang dapur
untuk memasak air. Saya masih duduk di beranda rumah sambil melihat pemandangan
waktu malam di bawah sinaran cahaya bulan. Saya dapat melihat jauh di hadapan
kerana rumah saya berada di tempat yang lebih tinggi.
Oleh kerana tidak ada pokok-pokok
besar, saya dapat melihat setiap rumah peserta yang bertentangan dengan rumah
saya. Mungkin penghuninya sudah tidur kerana tidak ada cahaya pelita yang
kelihatan.
Saya teringat semula ketika mula-mula
mendapat tawaran untuk menyertai tanah rancangan ini. Ketika itu hati saya
berbelah bahagi, saya berada di dua persimpangan sama ada menerima atau
menolak. Ketika itu saya sukar untuk membuat keputusan. Dari apa yang saya
dengar, menyertai tanah rancangan mesti sanggup untuk hidup sengsara pada
awalnya.
Saya tidak mempunyai tanah dan rumah
sendiri, ibu bapa saya hidup menumpang di tanah orang, merantau dari satu
kampung ke satu kampung hinggalah sampai ke Gerik. Kampung asal saya di
Sitiawan yang saya tinggalkan kerana tidak mempunyai tanah sendiri.
Bapa saya pernah membina rumah sendiri
di atas tanah nenek, bapa banyak menghabiskan wang membeli kayu dan papan
dengan harapan akan ada rumah sendiri untuk anak cucunya berteduh. Tapi
harapannya hampa kerana beberapa tahun kemudian selepas rumah itu siap di bina,
nenek menjual tanah itu kepada orang lain.
Bapa dan ibu saya mula merancang
untuk mencari penempatan baru jauh dari kampungnya. Takdir Allah telah
menentukan segalanya melalui sebab-sebab tertentu. Adik perempuan saya telah
bertemu jodoh dengan orang Gerik, maka bermulalah penghijrahan bapa dan ibu ke
Gerik.
“Ni kopi bang…”, suara Siti
mengejutkan lamunan saya.
“Oh ya… Letak kat situ… Ti tak minum
sekali ke?”, saya bertanya.
“Tak… Ti rasa ngantuk la…”, jawab
Siti.
“Tidurlah dulu, abang nak dok kat
sini (berenda rumah) sambil minum kopi”, kata saya.
“Ti tidur dulu ye bang”, Siti minta
izin.
“Ya pergilah…”, jawab saya.
Kemudian Siti meninggalkan saya
sendirian di berenda rumah untuk tidur. Saya menghirup kopi dengan perlahan
kerana masih panas, saya letakkan semula cawan di lantai sambil memandang ke
arah bukit yang kelihatan samar-samar. Di bukit itulah terletaknya kebun getah
dan mungkin di situ juga tempat saya akan bekerja.
Bunyi cengkerik memecah kesunyian
malam, itulah pengganti lagu penghibur malam. Di halaman rumah saya masih
banyak lalang dan riong yang belum sempat di bersihkan. Mungkin memakan masa 5
ke 6 hari untuk membersihkan sepenuhnya.
Tiba-tiba saya terlihat riong dan
lalang itu bergerak-gerak seperti ada sesuatu yang sedang berjalan di dalamnya.
“Apa tu…?”, detik hati kecil saya
sambil terus memerhatikan riong dan lalang di halaman rumah saya bergerak-gerak
tapi tidak kelihatan apakah bendanya.
Saya mula cemas kerana benda yang
menggerakkan riong dan lalang itu semakin menghampiri tangga rumah saya. Saya
bingkas bangun dan berdiri di berenda untuk melihat apakah benda itu? Tapi
tidak juga kelihatan, saya semakin cemas.
“Rimau ke?”, kati hati kecil saya,
maklumlah penempatan yang masih baru, macam-macam binatang ada. Saya tidak
mempunyai jam, jadi saya anggarkan dalam lingkungan jam sebelas malam.
Saya berdiri di berenda rumah sambil
terus memerhatikan riong dan lalang yang bergoyang semakin hampir dengan tangga
rumah. Tiba-tiba keluar se ekor babi hutan yang besar betul-betul di tangga
rumah saya tanpa dia menyedari yang saya sedang berdiri di berenda.
“Huuaa…”, suara saya yang agak kuat
mengejutkan babi hutan itu, lalu babi hutan itu
berpatah balik dan lari menaiki arah bukit dengan bunyi deruk-derak
meredah riong dan lalang seperti takutkan harimau. Saya ketawa sendirian
melihat gelagat babi hutan itu.
Saya duduk semula di berenda dan
menghirup kopi yang sudah semakin sejuk kemudian saya letakkan semula cawan itu
ke lantai.
“Bolehkah saya bertahan di tanah
rancangan ini?”, bisik hati saya.
Dari apa yang pernah saya dengar,
menjadi seorang peserta tanah rancangan perlu ada kekuatan mentel dan fizikal,
ujiannya sangat besar dan mencabar, sanggup merentasi onak dan duri terlebih
dahulu sebelum menjunjung kejayaan. Cahaya bulan kian suram, penggelihatan saya
kian terbatas, mungkin bulan akan di lindungi awan.
Saya mendongak ke langit, kelihatan
kepulan awan berarak kearah bulan dan dengan perlahan melindungi bulan. Kini
kawasan tanah rancangan telah gelap gelita kerana cahaya bulan sudah tiada.
Saya masih termenung di berenda, memikirkan hari mendatang yang belum pasti.
“Saya mesti kuatkan semangat untuk
terus mengabdikan diri di tanah rancangan ini, demi keluarga dan janerasi saya
akan datang”, bisik hati kecil saya.
Bunyi cengkerik masih belum berhenti
berzikir, semakin tengah malam, semakin nyaring suaranya, tanpa rasa jemu,
cengkerik terus berzikir. Saya mencapai cawan yang masih berisi air kopi dan
menghirup hingga habis.
Kerana keadaan sudah menjadi gelap,
mata mula rasa mengantuk. Saya bangun dan masuk ke dalam rumah sambil membawa
pelita minyak tanah dan saya letakkan di ruang tamu. Saya membaringkan badan di
atas tikar using di samping Siti yang sudah lama di buai mimpi. Kelihatan
nyenyak sekali tidurnya mungkin keletihan kerana kandungan Siti semakin sarat.
Saya bakal mempunyai 3 orang anak,
maknanya saya sudah ada keturunan yang akan menyambung kehidupan di masa
hadapan. Harapan saya biarlah kehidupan anak-anak saya kelak tidak susah
seperti kehidupan saya, jika boleh biarlah anak-anak saya mempunyai pendidikkan
yang terbaik tidak seperti saya.
Saya cuma tamat darjah 6 sekolah
rendah yang tidak boleh membaca dan menulis dengan baik jika di bandingkan
dengan rakan-rakan sekelas saya masa itu, jadi di sinilah layaknya saya,
menjadi peserta tanah rancangan yang belum tentu masa depannya. Jika saya boleh
bertahan di sini, maknanya ada harapan untuk merasai sedikit kesenangan, jika
tidak boleh bertahan? Entahlah, hanya Tuhan saja yang tahu.
Mata saya terus memandang bumbung
rumah, mata pula tidak mahu tidur, masih terkebil-kebil, tadinya sudah rasa
mengantuk. Tiba-tiba badan saya menjadi seram, disertai rasa kaku seluruh tubuh.
Saya tidak boleh menggerakkan seluruh anggota tubuh walau pun hujung jari, cuma
biji mata saya sahaja yang bergerak ke kiri dan ke kanan.
Saya menjadi cemas dan rasa takut
bila melihat satu lembaga hitam menerkam ke arah saya. Rambutnya panjang hingga
ke kaki kelihatan mengerbang dan menutupi tubuh saya. Saya cuba mengelak tapi
tidak terdaya menggerakkan tubuh saya. Dengan sekuat hati saya menjerit supaya
di dengar oleh Siti, malangnya suara saya juga tidak keluar. Saya menjerit lagi
beberapa kali tapi suara tidak juga keluar.
Lembaga itu terus menutupi tubuh saya
dan akhirnya nafas saya menjadi sesak. Saya meronta-ronta sekuat hati kerana
terlalu takut. Saya tidak dapat melihat apa-apa lagi, pandangan saya menjadi
gelap gelita. Cuma beberapa saat sahaja, kemudian lembaga itu pergi
meninggalkan saya yang tercungap-cungap keletihan, tubuh saya yang berpeluh
boleh bergerak semula. Dengan pantas saya bangun dan duduk beristifar. Bersambung akan datang...
Rahsia Menjana RM 1000 -
RM 3000 Sebulan Setiap Bulan . Tanpa Mesin , Tanpa Pejabat Dan Tanpa Pekerja???
Dapatkan ebook di sini.
No comments:
Post a Comment