Thursday, March 19, 2015

PENEROKA FELDA PASAK TERIMA PAMPASAN LEBIH RM21 JUTA.


KOTA TINGGI - Kerajaan negeri telah memberikan pampasan sebanyak RM21,323,469.00 kepada 300 peneroka Felda Pasak, dekat sini, setelah tanah meteka diambil untuk memberi laluan kepada Projek Air Mentah Rapid Pengerang (PAMER).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama, Asiah Md Arif meminta agar Felda dapat mempercepatkan urusan berkaitan seperti kerja
pengukuran semula tanah dan mengeluarkan surat hak milik kepada peneroka-peneroka tersebut.

"Seramai 248 peneroka telah menerima cek pampasan bernilai RM66,00 setiap seorang dan selebihnya tidak dapat dapat menerima cek berkenaan kerana urusan penamaan waris tanah mereka belum selesai.

"Walaupun Felda belum mengeluarkan hak milik tanah, pihak kerajaan tetap bersikap adil dengan memberikan pampasan terlebih dahulu,"  kata beliau.

Asiah juga mengingatkan peneroka-peneroka berkenaan supaya menguruskan penamaan dengan segera kerana pampasan bagi tanah mereka telah ada di pejabat Felda Pasak.

"Saya berharap agar penerima-penerima pampasan menggunakan wang ini dengan cermat dan tidak membazir sewenang-wenangnya," katanya pada Majlis Penyerahan Cek Wang Pampasan PAMER Kerajaan Negeri kepada peneroka Felda Pasak di Dewan Serbaguna tanah rancangan tersebut. Hadir sama, Pegawai Jasa Johor Lama. Mohd Salim Arifin, Pengurus Felda Pasak, Mahar Abd Hamid dan Ketua Kampung Felda Pasak, Abd Wahab Hassan.

Difahamkan, tanah yang diambil untuk Projek PAMER seluas 120 ekar melibatkan peringkat empat.
Sumber: Akhbar 1suara.

1.  

No comments:

Post a Comment