Saturday, February 25, 2012

Sambutan Maulidulrasul

 Hari ini 25 Fab 2012 kami warga Felda Lawin Selatan telah melaksanakan program menyambut Maulidulrasul di masjid tempat kami. Bermula dari jam 7.30 pagi, kami berkumpul di perkarangan masjid untuk memulakan perarakkan dari masjid ke dewan kumuniti dan berakhir di masjid semula.


          Setelah selesai perarakkan, kami berkumpul semula di perkarangan masjid untuk menikmati sarapan pagi bersama AJK masjid dan pengurus serta kakitangan Felda. Selepas itu kami di hidangkan dengan persembahan nasyed oleh anak-anak peneroka setempat sementara menunggu ketibaan penceramah undangan dari Felda Bersia iaitu SDA Uztad Ghazali untuk memberi ceramah bimbingan agama.

          Lebih kurang jam 10.00 pagi, penceramah undangan yang kami tunggu-tunggu tiba di perkarangan masjid dan lima belas minit kemudian beliau memulakan ceramahnya yang bertajuk Kelahiran Nabi Muhammad saw.

          Hampir jam 12.00 tengah hari kami mendengar ceramah beliau yang sedikit sebanyak telah memberi kesedaran tentang kehidupan dan untuk bermuhasabah diri.

Bersambung akan datang.....

No comments:

Post a Comment